Ahad, 22 April 2012

Birthday Present

Kali ini D' Hearty Gallery mendapat tempahan Jigsaw Puzzle dari seorang costumer from Kemaman, Terengganu. Dia request warna pink n blue, tapi i designkan warna merah sebagai "Colour of Love". Luckily dia tak marah dan terimanya dengan happy n puas hati. Untuk pengetahuan, jigsaw puzzle ni bersaiz A4.


Apa itu Jigsaw Puzzle??? Nah... Ini dia!! Di waktu boring, boleh leraikan semuanya satu persatu dan cungkil kemahiran dengan memasang balik kepingan2 kecil jigsaw puzzle ini sehingga bercatum kembali seperti gambaran asal... Secara tak langsung memang dapat mencungkil kreativiti kawan2 semua.



Macam sesuai jugak kalau bagi present untuk anak-anak kan??!! Tapi kalu dapat kat "Little D"Hearty" memang tak tercatum langsung la jawabnya... Untuk penjagaan yang lebih rapi, boleh simpan elok2 jigsaw puzzle ni kat dalam frame. Of coz akan nampak lebih formal n exclusive.


Anybody for those interested to get this item, please make reservations early because I need to book raw materials from suppliers in advance. Tidak rugi untuk anda memilikinya sebagai koleksi simpanan peribadi mahu pun sebagai cenderahati untuk insan yang tersayang.

Jumaat, 6 April 2012

Goodies Gift

Ini tempahan mug yang direquestkan untuk Birthday Party Baby Boy, Muhammad Amsyar Naufal (1 Tahun). Maybe parents boboi ni nak bagi as a doorgift for each guest yang hadir kot. Ini adalah rushing order (order hari ni, eok amik) tapi sangat2 tidak menyusahkan kerana design telah diberikan. I like!!! This is white sublimation mug 7oz complete with white box.


Thanks a lots kerana sudi membuat tempahan di D' Hearty Gallery. Alhamdulillah.

Sabtu, 31 Mac 2012

Karnival Pelamin & Rias Pengantin @ TTC

Woowww!!! Ini adalah cubaan awal ke arah mempromosikan produk D' HEARTY GALLERY. Walaupun tanpa persediaan yang rapi dan agak tergesa-gesa , tapi Alhamdulillah saya mampu merealisasikan dengan tenang.. Hasilnya.. Inilah rupa booth setelah selesai setup


Alhamdulillah... walaupun DHG sekadar satu perniagaan kecil yang baru mula bertatih dan langsung tidak dikenali, namun tetap mendapat sambutan yang baik di kalangan pengunjung. Terima kasih buat semua pihak, secara tidak langsung anda semua telah memberikan saya semangat untuk terus melebarkan sayap..

Ingin kenali siapakah orang kuat disebalik D'Hearty Gallery??? Inilah orangnya... Yang sedang-sedang saja. Kecil-kecil cili padi.. 100% pengurusan, promosi, dan sebagainya dikendalikan sendiri oleh beliau..


 
Dan akhirnya D' Hearty Gallery telah menamatkan jualan nye sehingga jam 6.00 petang @ 31 Mac 2012 dan membawa pulang sekeping sijil penyertaan dan pengalaman yang tidak ternilai. Memang best berada di sana sebab dapat bertemu dengan ramai kenalan baru. Hihihihi..

Khamis, 15 Mac 2012

Present For a Friend

This gift was specially dedicated to his best friend. Pada mulanya dia request nak letak actual photo, tapi memandangkan x de pic yang sesuai, so he decided to put juz a cartoon sketch. Letak nama n birthday for both of them. Between the character, he request to put lyrics of a song from Najwa Latif entitle "Sahabat". Memang best la kalu dapat best friend camni...


Hope your friendship keep sweet n everlasting.


Ahad, 11 Mac 2012

CENDERAHATI MAJLIS AQIQAH & KESYUKURAN

ESKLUSIF!!! Doorgift untuk tetamu sempena Majlis Aqiqah & Kesyukuran anakanda Muhammad Hadzryl Shaheem.. Tanda penghargaan kepada semua pihak yang sudi hadir meraikan majlis yang cukup bermakna ini, dengan harapan agar anakanda Shaheem akan membesar dengan sihat sebagai seorang mukmin yang soleh, taat kepada Allah serta berbakti kepada kedua ibu bapa... Amin.


Isnin, 20 Februari 2012

LUAR BIASA vs BIASA

Ini adalah sample tile 15cm x 15cm (with stand).. Sangat sesuai bagi menggantikan frame gambar yang biasa. Gunakan sesuatu yang luar biasa untuk mempamerkan setiap keriangan di ruang sudut rumah anda.

Sesuai juga dijadikan sebagai hadiah kecemerlangan pelajar. Boleh letak logo sekolah, nama pelajar siap dengan gambar pelajar sekali. Memang glamer abis laaa...

Rabu, 15 Februari 2012

PRESENT

TAHNIAH... Sebagai sokongan atas kemampuan anakanda Nursyaidatul Nadia berjaya menghafal surah Yaasin beserta dengan terjemahannya, mama telah menghadiahkan water flask ini sebagai dorongan untuk terus menempa kejayaan dalam pelajaran pada masa yang akan datang kelak.

Sangat membanggakan kerana water flask ini sangat esklusif siap tercetak nama pemilik, tidak terjual di pasaran. Kawan-kawan sibuk bertanya, "awak beli kat mana??". Cikgu pon ada yang bertanya, nak bagi present untuk birthday anak. X sia-sia mama bagi present ni dekat anakanda... :-))

Ahad, 12 Februari 2012

PERMULAAN YANG BAIK



Alhamdulillah... segala kelengkapan mesin telah tersedia. Sekarang adalah masa untuk bergerak dengan 100% keyakinan sendiri. Dengan semangat yang berkobar-kobar, saya telah setting siap-siap D' HEARTY GALLERY (homebased) bermula dari mengecat semula dinding, interior design spt susun atur perabot , sehinggalah kepada setup mini landskap sbg penyambut tetamu. For me, bila customer senang hati melihat environment D' Hearty Gallery, mereka jugak akan tenang hati untuk membuat tempahan cenderahati.

Why "Gallery"????
Saya memberi nama D' Hearty Gallery atas idea sekadar ingin mempamerkan beberapa produk sample untuk memudahkan pelanggan membuat rujukan. Kebiasaannya hasil-hasil kesenian yang dipamerkan di sesebuah galeri. Oleh itu, saya turut menkategorikan hasil kerja saya ini sebagai suatu kesenian juga. Walau bagaimanapun, setiap produk yang ditempah akan di"compile"kan di dalam sebuah album bagi memperlihatkan peningkatan hasil kerja seni kreatif saya ini.

Walaupun sekadar bermula dari rumah, namun saya tetap meletakkan harapan agar suatu hari nanti D' Hearty Gallery akan bertapak di sebuah premis perniagaan yang lebih formal, sehinggalah terus meningkat maju dan membina sebuah Wisma D'Hearty... Tinggi sangat tak angan-angan saya??? Tapi saya menganggap ini sebagai cita-cita dan target. Atau pun nak bagi nampak lebih kebabooommm Empayar D' Hearty. Hahahaha... Amin. InsyaAllah... Pada ketika itu, saya dah tak nak bekerja lagi dah, just nak memantau je. Memang niat saya ingin membuka peluang pekerjaan untuk anak muda, sebagai membalas dendam sebab saya sendiri adalah "Graduan Menganggur", dan saya tak nak ada anak muda yang berpotensi tetapi terus menganggur. Come to me, I'll help U. Secara tidak langsung saya harap agar tindakan ini dapat mencegah masalah sosial yang semakin meruncing.

Semoga semua pihak dapat sama-sama menyokong niat murni saya seterusnya dapat memajukan lagi  D' HEARTY GALLERY.

Ahad, 1 Januari 2012

NEW YEAR

Best Of Luck Graphic #2

This year gonna be my experimental year for myself. As I will enter a new chapter to upgrade my life. I gonna  be a "Young Enterpreneur". May Allah bless me always. Hopefully it will be my prosperity year.

Template by:

Free Blog Templates