LANGKAH 1
ISI BORANG TEMPAHAN
Pastikan borang diisi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya maklumat yg dicetak adalah di atas kesilapan anda.
Isi borang tempahan anda di sini :
LANGKAH 2
DEPOSIT PERTAMA - 50%
Sila buat bayaran deposit kepada kami. Fax atau sahkan pembayaran anda di sini.
.:: Borang Pengesahan Bayaran ::.
Dalam masa yang sama kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan invois. Tempahan tanpa deposit tidak akan diproses.
LANGKAH 3
REKABENTUK DRAF / ARTWORK & DESIGN
Kami akan mulakan proses pembikinan artwork apabila langkah di atas telah selesai diikuti. Tempoh pembikinan adalah antara 3-7 hari berkerja. Rekabentuk yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.
LANGKAH 4
PEMBETULAN
Sila semak dengan teliti (isi kandungan artwork) cenderahati anda. Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat. Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.
LANGKAH 5
PENTING ! : DEPOSIT KEDUA - 50%
Sila buat bayaran deposit 50%, baki dari jumlah tempahan anda.
Sila fax atau sahkan pembayaran anda di sini.
.:: Borang Pengesahan Bayaran ::.
Sila nyatakan sekali nama pelanggan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.
NOTA : KAD ANDA TIDAK AKAN DIPROSES CETAK SELAGI DEPOSIT 50% TIDAK DIBUAT. SILA BUAT PEMBAYARAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN TEMPAHAN LEWAT DITERIMA.
LANGKAH 6
PROSES MENCETAK
Proses mencetak akan di buat apabila draf telah dipersetujui dan deposit 50% dibayar. Tempoh proses cetakan adalah diantara 3-7 hari berkerja bergantung kepada jumlah tempahan anda.
LANGKAH 7
TEMPAHAN SIAP
Kami akan menghubungi anda apabila tempahan anda telah siap sedia untuk diambil atau anda juga boleh menghubungi kami selepas 7 hari bekerja untuk mengetahui status tempahan anda.
LANGKAH 8
PENGHANTARAN
Penghantaran adalah tertakluk pada tempat dan keadaan. Sekiranya anda berada diluar kawasan Terengganu perkhidmatan courier SKYNET akan digunakan dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. Harga akan diberitahu kelak mengikut berat tempahan. Penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan mengambil masa 1-3 hari, sila buat tempahan lebih awal supaya masalah kelewatan tidak berlaku.


