Isnin, 20 Februari 2012

LUAR BIASA vs BIASA

Ini adalah sample tile 15cm x 15cm (with stand).. Sangat sesuai bagi menggantikan frame gambar yang biasa. Gunakan sesuatu yang luar biasa untuk mempamerkan setiap keriangan di ruang sudut rumah anda.

Sesuai juga dijadikan sebagai hadiah kecemerlangan pelajar. Boleh letak logo sekolah, nama pelajar siap dengan gambar pelajar sekali. Memang glamer abis laaa...

Rabu, 15 Februari 2012

PRESENT

TAHNIAH... Sebagai sokongan atas kemampuan anakanda Nursyaidatul Nadia berjaya menghafal surah Yaasin beserta dengan terjemahannya, mama telah menghadiahkan water flask ini sebagai dorongan untuk terus menempa kejayaan dalam pelajaran pada masa yang akan datang kelak.

Sangat membanggakan kerana water flask ini sangat esklusif siap tercetak nama pemilik, tidak terjual di pasaran. Kawan-kawan sibuk bertanya, "awak beli kat mana??". Cikgu pon ada yang bertanya, nak bagi present untuk birthday anak. X sia-sia mama bagi present ni dekat anakanda... :-))

Ahad, 12 Februari 2012

PERMULAAN YANG BAIK



Alhamdulillah... segala kelengkapan mesin telah tersedia. Sekarang adalah masa untuk bergerak dengan 100% keyakinan sendiri. Dengan semangat yang berkobar-kobar, saya telah setting siap-siap D' HEARTY GALLERY (homebased) bermula dari mengecat semula dinding, interior design spt susun atur perabot , sehinggalah kepada setup mini landskap sbg penyambut tetamu. For me, bila customer senang hati melihat environment D' Hearty Gallery, mereka jugak akan tenang hati untuk membuat tempahan cenderahati.

Why "Gallery"????
Saya memberi nama D' Hearty Gallery atas idea sekadar ingin mempamerkan beberapa produk sample untuk memudahkan pelanggan membuat rujukan. Kebiasaannya hasil-hasil kesenian yang dipamerkan di sesebuah galeri. Oleh itu, saya turut menkategorikan hasil kerja saya ini sebagai suatu kesenian juga. Walau bagaimanapun, setiap produk yang ditempah akan di"compile"kan di dalam sebuah album bagi memperlihatkan peningkatan hasil kerja seni kreatif saya ini.

Walaupun sekadar bermula dari rumah, namun saya tetap meletakkan harapan agar suatu hari nanti D' Hearty Gallery akan bertapak di sebuah premis perniagaan yang lebih formal, sehinggalah terus meningkat maju dan membina sebuah Wisma D'Hearty... Tinggi sangat tak angan-angan saya??? Tapi saya menganggap ini sebagai cita-cita dan target. Atau pun nak bagi nampak lebih kebabooommm Empayar D' Hearty. Hahahaha... Amin. InsyaAllah... Pada ketika itu, saya dah tak nak bekerja lagi dah, just nak memantau je. Memang niat saya ingin membuka peluang pekerjaan untuk anak muda, sebagai membalas dendam sebab saya sendiri adalah "Graduan Menganggur", dan saya tak nak ada anak muda yang berpotensi tetapi terus menganggur. Come to me, I'll help U. Secara tidak langsung saya harap agar tindakan ini dapat mencegah masalah sosial yang semakin meruncing.

Semoga semua pihak dapat sama-sama menyokong niat murni saya seterusnya dapat memajukan lagi  D' HEARTY GALLERY.

Template by:

Free Blog Templates